April 7, 2013

Petua Kecantikan

And moarrr ^^



✿ MELEBATKAN BULU KENING

Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

✿ MELEBATKAN BULU MATA

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.


✿ MENGHILANGKAN PARUT

Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar.
Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.


✿ MELENTIKKAN BULU MATA

Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.


✿ MENGHALUSKAN KULIT KAKI DAN TANGAN

Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan. Biarkan selama 20 minit.Selepas itu, digosokkan dengan hampas kelapa. Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dengan tuala. InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan.


✿ PUTIHKAN KULIT MUKA

Ambil setengah cawan susu tepung dan campurkan dengan 2 setengah sudu teh air bersih. Gaul hingga sebati. Pupurkan ke muka seperti mask selama lebih kurang 10 minit. Kemudian dibilas dengan air bersih. Lakukan 2 - 3 kali seminggu. InsyaAllah wajah akan tampak lebih bersih, putih dan cerah. Selamat mencuba.


✿ MENGEKALKAN KECANTIKAN
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.


✿ PETUA AWET MUDA

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


✿ LEMBUT  RAMBUT

Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya.


✿ HALUSKAN SIKU & LUTUT 

Parut buah nanas segar yang telah dicuci bersih terlebih dahulu, lalu sapukan pada siku dan lututkamu.
Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik.
Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja.
Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!!


✿ GIGI PUTIH

Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.
Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yg hendak anda gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri. Selain itu, ianya juga dpt menghindarkan dpd penyakit gusi & mulut.


✿ MENGHALUSKAN KULIT MUKA

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.


✿ MENYAH BAU KETIAK

Untuk mengelak ketiak berbau tengik , ketika mandi sapukan ketiak dengan kepala lutut beberapa kali. Amalkan setiap hari.


✿ MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.


✿ MENGHILANGKAN KUTU

Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.


✿ MENCUCI ALAT SULIT

3 hari sekali selalu basuh dgn air ramasan sirih (ramas ngan air suam),ia utk hilangkan bau, segarkan, harum, serta rapatkan.


✿ PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

No comments:

Post a Comment